PLEASE CLICK FOR UPDATED INFLUENZA A( H1N1) INFO


pretty.greeting

Free Hit Counters
Free Counter Ahlan Wasahlan..to all readers & survers who get through this blog..surely,i'm pleased to welcome all of you to know what IQRA' CLUB is all about..this blog is too new for being public..Hopefully,any comments & suggestions can be given to this blog via the shout box;right side of this blog homepage..TQ

RAHSIA ISRA' WAL MI'RAJ

Wasiat 'Allamah Al-Mufassir Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah

Ulama’ mesti sentiasa berkata benar tak kira pada siapa, dan memahami kepentingan dakwahnya. Mana lebih patut didahulukan dari yang lain. Ada yang mengatakan kepada saya ulamak mestilah non-partisan dan bersikap bebas. Saya katakan, jika ulama’ tidak berpihak kepada kebenaran dan tidak menzahirkannya, bagaimana masyarakat umum boleh mencontohi dan mendukung kebenaran? Maka ulama mesti partisan. Ulamak mesti menunjukkan sokongan. Mesti menzahirkan “pihak”nya. Iaitu pihak kebenaran. Pihak yang memperjuangkan Islam, dan membenteras keboborokan kezaliman pemerintah. Cuba lihat video di bawah sehingga tamat. Lihat bagaimana di hujung klip, beliau menasihati Presiden Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah menasihati anak. Beginilah ulama’ pejuang, sufi lagi haraki, yang sentiasa kita cari sepanjang zaman. Saya sediakan terjemahannya untuk pembaca blog semua mengetahui maksud kata-kata syeikh: Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim) Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; “..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”. Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

Thursday, October 15, 2009

JALAN HIDAYAH DI DEPAN MATA

Bismillah

JIKA seorang ibu kehilangan anak, tiba-tiba ada seseorang yang bersusah payah mencari lalu menjumpai dan memujuk anak itu dan dibawa anak itu kembali dekat kepada ibunya. Bayang kan betapa suka dan gembiranya si ibu itu, bukan sahaja kepada si anak tetapi juga betapa sukanya si ibu tadi kepada orang itu yang begitu berjasa menemukan mereka berdua.
Begitu juga terdapat ramai manusia yang jauh daripada Allah, tidak menghiraukan perintah Allah, tidak menganggap agama penting, jauh daripada rahmat Allah atau sibuk dengan maksiat, kesesatan dan sebagainya.
Tiba-tiba ada golongan lelaki atau wanita yang bersusah payah berjumpa saudara seIslam kita itu, memujuknya dan dengan penuh kasih sayang membawa mereka kembali kepada Allah, dekat dgn perintah-perintah Allah, rumah Allah yakni masjid, amalan-amalan agama, merasai agama begitu penting, ingat semula kepada akhirat dan sebagainya.
Begitu juga la amat gembira Allah kepada hambaNya yang datang semula kepada-Nya yakni bertaubat, mengislahkan diri dan lebih-lebih lagi teramat suka Allah kepada mereka yang buat kerja membawa hamba-Nya tadi yang jauh daripada Allah supaya dekat kembali kepada Allah.
Jika seorang ibu suka kepada orang yang menolong anaknya itu hingga mereka berjumpa semula, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang lebih-lebih lagi suka kepada orang yang bersusah payah, bermujahadah dan menanggung penderitaan, cemuhan, menahan perasaan, berjauhan seketika daripada keluarga semata-mata untuk berada di jalan Allah bagi mendapatkan kesukaan/keredhaan Allah. Dan dengan pengorbanan itu, manusia yang jauh daripada Allah telah menjadi dekat semula kepada Allah. Ini kerana kasih sayang Allah kepada seorang hambaNya melebihi 70 kali ganda daripada seorang ibu kasih kepada anaknya. Bahkan kasih sayang Allah melimpah ruah dan terlalu banyak hingga tidak dapat dihitung lagi.
Seorang yang dekat dengan Allah, maka rahmat dan kasih sayang Allah akan meliputi dirinya dan kehidupannya dipenuhi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tanda seorang itu dekat dengan Allah dan dikasihi-Nya ialah mereka dekat dengan amalan-amalan agama, perintah-perintah Allah sebagaimana ditunjukkan Baginda Muhammad s.a.w, mengamalkan sunnah Nabi kerana Baginda adalah orang dikasihi Allah (kekasih Allah). Jika kita mahu dikasihi Allah maka perlu kita mencontohi kekasihNya. Mereka yang berusaha untuk mendekatkan diri (dengan jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah) maka betapa Allah suka kepada orang yang bersusah payah membaiki amalannya. Mereka diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda sehingga bil ghairi hisab, tidak terhitung banyaknya, diberikan keampunan, dosa digantikan pahala, ditambahkan ilmu pengetahuan, diajarkan ilm wa hilm, hikmah, ditinggikan darjat di dunia dan akhirat, disanjung penduduk langit dan sebagainya. Dengan pelbagai kelebihan termasuk mendapat keredhaan Allah sebagaimana para sahabat r.hum. Dunia tunduk dgn keadaan hina kepada mereka kerana kecintaan mereka kepada akhirat.
Dengan kasih sayang Allah, maka Allah masih pilih segelintir daripada umat Islam akhir zaman pada zaman kita ini untuk berada di jalan Allah, mengikut tertib yang telah ditetapkan ulama.
Disamping pelbagai rintangan dan halangan, terdapat pelbagai bantuan, asbab hidayat, nusrah daripada Allah dan kadang kala sebagai hadiah untuk menceriakan perasaan mereka yang keluar di jalan Allah, khuruj fi sabilillah.
Kita boleh mendengar dengan telinga kita sendiri bagaimana seorang perompak yang keluar masuk penjara tiba-tiba bertukar menjadi orang alim yang meninggalkan perbuatan silamnya atas asbab usaha hidayah di jalan Allah ini.
Bagaimana satu kisah, seorang pemabuk yakni pemain muzik di kelab malam, tiba-tiba berubah kehidupannya kepada ketaatan kepada agama. Dia memberitahu, bahawa pada zaman kejahilannya pada sekitar zaman 80-an, halal dan haram sama baginya, dan bagaimana orang yang berulang alik ke masjid tidak menghiraukannya malah memandang hina kepadanya, lalu hanya ada beberapa kerat orang tabligh yang memujuknya, ikram dia, menziarahinya dan bertanya khabar lalu mengajak dia keluar 3 hari, 40 hari lalu kehidupannya berubah kepada kesolehan. Semasa keluar di suatu tempat tiba-tiba siak masjid tidak membenarkan jemaah memasuki masjid, maka lelaki ini berkata, "Dahulu masa saya sibuk di kelab malam, takde seorangpun orang AJK masjid yang datang jumpa saya untuk bimbing saya bawa ke masjid, tetapi sekarang saya dah datang ke masjid, maka AJK masjid pulak tak bagi saya masuk." Maka kata-kata itu meruntunkan hati tok siak yang terus malu alah dan akhirnya dibenarkan masuk. Lelaki ini berkata: "Kalau Maulana Ilyas hidup balik dan dia kata usaha ini tak betul maka aku tetap kata usaha ini betul".
Kita boleh dengar bagaimana, ada orang yang kehidupannya yang dipenuhi rock, black metal, death metal, thrash metal dan macam-macam logam lagi dan kecintaannya memakai baju dan outfit yang menyerupai emperor, rotting christ, mahyem, cradle.., metalica, sodom... etc yg menjadi idola mereka. Dengan rantai, seluar ketat, jaket, growl ala glen benton deicide atau napalm, wisper macam lucifer king diamond, baju all black etc, bersusun cd, kaset bawah tanah dlm rak, bunyi solo gitar crybaby mengaum, riffing yg mengergaji pentas atau mengcarcasskan audien gig. Tetapi tiba-tiba berubah sikap kepada kecintaannya kepada sunnah Nabi s.a.w. Baju2 dan pakaiannya mula mencontohi sunnah kerana Nabi Muhammad kini menjadi contoh ikutan hariannya. Maka menangis la dia pada waktu malam ketika solah tahajud semasa manusia sedang nyenyak tidur. Menangis merintih, merengek, menyesali dosa silam dan mensyukuri nikmat hidayah dan berdoa dikekalkan dalam jalan hidayah dan asbab hidayah seluruh alam manakala siangnya menjadi hamba yg taat kpd penciptaNya dan menjalankan kerja umat, kerja dakwah.
Kita boleh dengar kisah seorang ustaz yang pada mulanya menyangka dengan ilmunya yang tinggi semata-mata sudah mencukupi, lalu tidak bersetuju dgn usaha atas iman.
Namun, sikap seorang alim (kerana keberkatan ilmu) ialah ada bersangka baik dan berlapang dada, dan disebabkan itu dia masih juga bercampur gaul dengan orang tabligh
yang buat usaha di surau dia mengajar setiap minggu.
Tiba-tiba ustaz ini menghadapi satu masalah yang mengganggu fikirannya lantas ketika bersembang dia tercerita masalah itu kepada orang tabligh itu yang merupakan cikgu sekolah.
Maka cikgu itu tercakap, 'nabi mengajar kita menyelesaikan masalah dengan perantaraan amal, betul tak ustaz.' Maka ustaz ini berasa tersinggung dengan kata2 itu kerana dia menganggap seolah-olah dia sedang didakwahkan dan dlm dirinya ada ego. Lalu ustaz itu berkata, 'Apa hak awak hendak cakap begitu kepada saya?' Ustaz itu terus berlalu pergi. Namun rupa-rupanya selepas kejadian itu, dalam diam-diam ustaz itu cuba menyelesaikan masalahnya dengan perantaran amal yakni beliau banyak bersolat hajat, membaca yasin dan membetulkan amalan lain lalu berdoa sungguh2 kepada Allah sambil berikhtiar/usaha. Akhirnya Allah selesaikan masalahnya. Maka tersingkap hidayah dalam dirinya bahawa benar lah apa yg dikatakan oleh cikgu tadi.
Maka selepas beberapa hari ustaz itu muncul sambil beriya-iya benar hendak berjumpa dengan cikgu tadi dan meminta maaf dan menyatakan hasratnya ingin keluar tabligh 3 hari.Selepas keluar 3 hari beberapa kali dia terus keluar 40 hari dan sekarang (masih belum balik lagi, ini berlaku di negeri selatan tanahair) sedang keluar satu tahun di jalan Allah. Baru lah ustaz itu mengerti bahawa usaha dakwah ini adalah mahkota segala kerja iaitu kerja yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi s.a.w. Dengan usaha itu boleh menyelamatkan umat, dan jika ia ditinggalkan maka kehinaan kepada umat sehingga orang kafir yang kencing berdiri pun akan didatangkan oleh Allah sebagai alat/asbab untuk menghinakan umat Islam.
Di lokasi lain, kita juga boleh dengar kisah seorang pembuat rumah, Wak Tar (orang jawa, umur lebih 60 tahun) yg amat tidak berkenan dengan usaha dakwah walaupun dia adalah bilal di suraunya di Selangor. Tetapi ketentuan Allah berlaku juga kerana tiba-tiba anak sulungnya yang belajar di UTM dipilih Allah menjadi karkun dan selepas grad dgn cemerlang sebagai graduan kejuruteraan, dia melapangkan masa 4 bulan di jalan Allah. Wak Tar sedikit gusar dengan kegiatan anaknya kerana disangkanya Tabligh tak betul. Satu hari Wak Tar sampai seru hendak pergi menunaikan haji dan seorang ustaz (bekas guru besar sekolah agama kerajaan) telah berjumpa dengan Wak Tar. Ustaz ini mengetahui hal ehwal Wak Tar kerana mereka satu kampung. Lalu ustaz ini memberikan cadangan kepada Wak Tar, "Wak doa lah dengan seikhlas hati depan Kaabah nanti supaya Allah tunjukkan hidayah jalan mana yang benar". Maka, Wak Tar menganggap ia seolah-olah cabaran maka apabila tiba di satu masa dia berdoa sambil menangis2 depan kaabah mengenai perkara itu. Apabila balik saja ke tanah air dari Mekah, selang beberapa minggu, ustaz tadi menziarahinya dan mengajaknya keluar 3 hari, lalu dgn serta merta dijawabnya: 'OK'. Hari ini, sejak 4 tahun lalu, dia sudah 4 kali keluar 40 hari dan sekarang beliau sedang bergerak dalam jemaah 40 hari yang mana amir jemaah itu adalah ustaz itu jugak.
Baru-baru ini, saya berkesempatan khuruj bersama jemaah Wak Tar dan dapat belajar banyak perkara bersama mereka dalam tempoh yg kurang daripada 40 hari. Asalnya azam saya ialah hendak keluar 40 hari tetapi permohonan cuti kerja tidak diluluskan untuk tempoh itu, sebaliknya diberi kelulusan untuk tempoh yang kurang daripada itu.
Maka syura memutuskan saya bergerak bersama dengan jemaah 40 hari yang sedang bergerak iaitu jemaah ustaz itu yang dalamnya ada wak tar, seorang guru besar sekolah rendah, seorang guru matematik dan sekolah guru biasa, seorang juruteknik elektrik, seorang penyelia kilang dan seorang pekebun kelapa sawit dan dua pelajar.
Sebenarnya terlalu banyak sangat kisah hidayah yg boleh diambil iktibar jika berada dalam usaha atas hidayah - sama ada di dalam atau luar negara. Namun ia tidak mungkin dapat ditulis di sini kerana untuk seorang yang benar2 ikhlas mendapatkannya maka satu kisah pun sudah mencukupi dan tidak perlu diceritakan kisah zaman sekarang kerana kisah hidayah usaha Baginda Nabi s.a.w dan sahabat sudah terlalu sempurna dan
mencukupi untuk dijadikan tauladan.
Kita lihat bagaimana Umar al-Khattab r.a iaitu seorang yang hendak membunuh Nabi tetapi berubah masuk Islam apabila berjumpa Nabi, asbab taklim dan bacaan al-Quran yang dibaca oleh saudaranya ketika Umar r.a dlm perjalanan hendak membunuh
Nabi s.a.w. Hindon r.a yg pada awalnya benci benar kepada Islam hingga sanggup memakan organ dalaman bapa saudara Nabi s.a.w, tetapi apabila Baginda membuat ikram yg tinggi iaitu membalas kejahatan orang Quraisy dgn kebaikan yakni apabila peristiwa futuh (pembukaan) Mekah tiada satu titis darah pun menitis malahan semua diberikan hak dan kebaikan, maka Hindu memeluk Islam. Apabila ditanya mengapa memeluk Islam sedangkan dia sebelum itu terlalu benci kepada Islam, maka Hindun menjawab bahawa Islam telah masuk ke dalam hatiku.
Begitu banyak kisah salafusolehin yg wajar dijadikan contoh dan dalam al-Quran terlalu banyak ayat yg menyeru umat Islam membelanjakan diri masa dan harta di jalan Allah. Usaha dakwah disifatkan sebagai satu perniagaan yang menguntungkan yg boleh menyelamatkan diri kita daripada azab yg pedih, yakni kita beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan bermujahadah di jalan Allah dgn harta dan diri, dan ia adalah lebih baik jika kita mengetahui.
Dengan gesaan yg begitu banyak dlm al-Quran dan hadith2 maka dalil-dalil lain seolah-olah tidak diperlukan lagi, apatah lagi kisah-kisah zaman sekarang yg terjadi di depan mata yg mana ia memang tidak layak, apa lah sangat pengorbanan kita/umat zaman ini. Namun atas kelemahan iman, kita kadang kala mahu juga melihat sesuatu yg di depan mata bagi menyakinkan diri.
Namun, kisah kemanisan hidayah kalau diceritakan berulang kali masih juga kita tidak akan merasainya betul2 jika kita sendiri tidak berusaha melibatkan diri dalam usaha yang hak itu.
Ibaratnya ialah bila ada seorang penjual buah di pasar malam mengatakan buah yang dijualnya manis, sedap maka cara untuk mengetahui adakah benar buah itu sedap ialah dengan CUBA merasainya atau memakannya. Dengan itu baru kita tahu betul atau tidak kata2 penjual itu.
Begitu juga, jika diberitahu pelbagai kisah yang indah, kemanisan dan kebenaran usaha dakwah itu, bagi mereka yang belum merasainya, maka cara yang terbaik ialah turut serta CUBA merasainya dengan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Dengan itu, baru lah diketahui kemanisan usaha ini.
Atas jalan hidayah khuruj fi sabilillah dgn maksud dakwah, seorang yg miskin akan dikayakan, seorang yg kaya akan diberi keberkatan atas harta mereka, seorang yg jahil akan ditambah ilmu, seorang yg pandai akan diberi ilmu yg bermanfaat, orang yg berdosa akan diampunkan dosa, orang yg ingin sedia ada baik akan ditingkatkan darjat dan diberi kemuliaan, orang yg sibuk akan diberi kelapangan, ketenangan dan kerehatan, orang yg banyak masa lapang akan disibukkan dgn mahkota segala kerja, org berkuasa akan diberi keberkatan kuasa mereka, orang diperintah akan menjadi rakyat yg baik dan orang yg tidak bagus akan dibaguskan, orang yg berperangai buruk akan berusaha mencontohi akhlak Baginda Nabi s.a.w. Usaha dakwah adalah jalan penyelesaian kepada masalah umat dan kemundurannya.
Justeru, semua kita semua sama2 buat niat dan azam untuk melapang dan membelanjakan diri, masa dan harta kita di jalan Allah, insyAllah.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

FOLLOWERS

BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI

Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.Berhijrah ke Tanah Suci MakkahBeliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuan guru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya. Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-
asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
asy-Syaikh al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله

KENALI TOKOH SARJANA ISLAM

Ibnu Sina : (370-428H/980-103M) Bapa perubatan

Nama sebenar : Abu Ali al Husaini bin Abdullah.
Tempat lahir: di bukhara dan meninggal dunia di Hamadan Iran. Beliau meninggal dunia semasa di Hamadan ketika sedang menjalankan satu ekspedisi tentera

Latarbelakang pendidikan : mempelajari agama sejak kecilnya dan menghafaz al Quran dan menguasai ilmu agama ketika belum berumur 10 tahun. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sains tabi’i dan perubatan.
Sumbangan : Menjadi guru ketika berusia 16 tahun. Mengarang sebuah kitab falsafah ketika berusia 21 tahun. Beberapa kali dilantik sebagai menteri.

Karyanya : menghasilkan pelbagai karya dalam bidang falsafah, perubatan dan logik antaranya kitab Al Insaf yang mengandungi penghuraian 28,000 masalah. Mengarang kitab perubatan iaitu Asy Syifa’ dan Qanun fi at Tibb yang terdiri daripada lima jilid. Berbagai lagi kitab karangannya mengenai ilmu logik, fizik, metafizik, sains perubatan dan falsafah telah diajar ke sekolah dan institusi pengajian tinggi di Eropah sejak abad-abad pertengahan (1100H/1500M) dan lebih dikenali dengan nama Avicenna.Ibnu Sina telah cuba menggabungkan falsafah dengan teori-teori sains fizik. Dengan sebab itu, beliau digelar sebagai failasuf dan ahli fizik (tabib).

Al Khawarizmi: (Hidup pada kurun ke 9M) Pakar Matematik

Al Khawarizmi, ahli matematik yang hidup pada kurun ke 9 Masehi. Beliau menjadi ketua pustakawan al Ma’mun (Baitul Hikmah) di Baghdad. Al Khawrizmi menulis ilmu tentang ilmu geografi dan falak. Beliaulah orang pertama yang memperkenalkan ilmu algebra dan dapat menemui sifar (0) dalam “ilmu Hisab Hindi”

Ibnu Haytham (354-430H/965-1039M) Pakar Perubatan fizik

Nama sebenar : Abu Ali al Hassan. Seorang pakar dalam ilmu matematik, fizik, kedoktoran dan falsafah.

Tempat lahir : Basrah dan telah berhijrah ke Mesir pada masa pemetintahan Fatimiah.

Sumbangan : telah mengarang 200 buah kitab antaranya : Kitab fi al manazir, Kaifiyyat al adlal; Tahlil al Masa’il al Handasiah wa al ‘adad’, al Jami fi usul al Hisab. Dalam falsafah ibnu al Haytham telah mengambil contoh daripada Arusto.